Alhamdulilah dari johor kami bertolak singgah di melaka (meraikan anak saudara ) akhirnya sampai jugak ke POKOK SENA.
Selesai Majlis di sana terus ke JETI KUALA KEDAH ,Rombongan yang lain turut juga ke Langkawi tapi mereka menaiki feri dari Kuala Perlis.
Disebabkan driver hanya seorang kami ambil keputusan naik dari Kuala Kedah.
Semasa majlis bertandang ade juga yang bertanya kenapa naik dari Kuala kedah Gelombang kuat disana serta perjalanan lebih panjang ,Kami pun sebenarnya tidak tahu menahu tentang gelombang tapi disebabkan sudah pun booking tiket secara online .Kami teruskan juga.
Seperti yang dicerikan oleh ipar (sebelah Isteri) ,Sampai sahaja di jeti pasti akan ada mat-mat motor ikut bertanyakan parking dan chalet.Sememangnya itulah yang terjadi ,pada asalnya kami tidak melayan tapi bila tengok parking pun penuh dan parking yang dipilih pula dekat sangat dengan jeti ,kami pun ikutlah..
(Boleh booking tiket secara online disini)
http://ticket.langkawiferryline.com/
diambil dari online
(bukan dari kami ye)
Dengan Bayaran rm70 untuk 3h2m kami tawakal aje mudah-mudahan kereta kami dalam keadaan baik bila pulang nanti.(dalam hati cuak jugak sebab tengok cara macam mat gian kalau tak kenangkan dah booking tiket memang tidak lah parking ikut mereka)Sempat jugak upah mereka sekotak rokok,dengan harapan di jaga baik.
Maaf agak panjang cerita kami ini...
Naik aje feri seperti yang dikatakan gelombang agak kuat ,Anak dan en suami okay aje,tapi saya takut ,,bukanya mabuk lauk tapi kecut perut setiap kali langgar gelombang(timbul jugak penyesalan naik dari kuala kedah)
Kami bertolak pukul 3.00 tapi feri delay jam 3.30 ptg tiba dilangkawi pukul 5.00ptg .Akhirnya pijak jugak langkawi ALHAMDULILAH
Kami terus telefon kereta yang dah lama kami booking ,Rupanya kereta dah pun menunggu di jeti ,Bagus jugak tak payah tunggu lama-lama ,lain kali boleh booking lagi (memuaskan )
http://www.anoxtravel.com/
Dengan bayaran rm180.00 untuk 3h2m kami sewa viva auto berwarna putih
tapi perlulah letak deposit rm50 jadi total rm230 deposit dikembalikan semasa balik ke jeti..Minyak ade 2 bar jadi tak payahlah susah hati nak cari stesen.
Jika dibandingkan dengan lain minyak hampir E .Dah lah tempat orang agak susah la nak cari stesen minyak...
Kami stay di AMARA GUEST HOUSE
Bagi kami dari segi budget okuntuk tidur aje pun ok
Tapi jika pergi bawak orang-orang yang veteran nie kesian la sikit sb kena panjat banyak tanggga..lebih-lebih lagi kalau yang sakit lutut..
Katil memang besar satu bilik boleh tidur 6 orang ,kanak -kanak 10 orang pun boleh
Pemiliknya pun okay.boleh call no nie 016-4825805
Booking online pun boleh
Hari pertama ...sampai bilik kami terus cari makan ...
kami singgah di food court berhadapan HIG GROUP ..
Order sup gearbox ,kailan ikan masin nasi 3 total rm35.00
harga sederhana ,,tapi gearbox besar boleh makan 4 orang berbanding dengan kami 3 orang 2 dewasa satu kanak-kanak ...kenyang gila ...best dan sedap
saya copy dari online..tak sempat nak ambil gambar pun
memang ini lah rupa food court tu
Lain kali datang nak tido sini lah HIG ISMAIL GROUP...NAMPAK MACAM BEST HOTEL NIE
Hari kedua:
disebbakan masa tak cukuP tak dapatlah kami mandi ....
Rasanya dah panjang nie kita bersambung di langkawi 2


No comments:
Post a Comment