perkenalan

sila klik disini iklan nye

Friday, September 11, 2015

RESEPI Lempeng Nasi

Lempeng Nasi
Idea ini tercetus kerana sayangkan nasi semalam,Kerana dah selalu buat nasi goreng kali ini tukar lah menu lain..

Lempeng Nasi

Bahan-bahan.

2 - 3 senduk nasi (jika mahu buat banyak boleh ditambah lagi nasi)
2 sudu besar gula (jika mahu tawar kurang ,manis tambah lagi)
1/2 Sudu kecil Garam
2-3 senduk tepung gandum
1/2 Sudu Besar MAURIPAN
Air secukupnya
Kisar semua Bahan diatas 
Ikut kehendak masing-masing pekat tambah tepung lagi tapi jangan over sangat ,cair tambah air,pada saya seperti bancuhan pisang goreng pun dah ok..
Minyak secukupnya
Kuali NON STICK (Kuali biasa pun boleh cuma minyak kena lebih)

Cara-cara
1.Panaskan Kuali tambahkan minyak
2. Tuangkan satu senduk bahan kisar tadi kedalam kuali perlahan-lahan
 Bentukkan bulat...
Akan naik gelembung udara..



Pastikan api sederhana.....


Terbalikkan ...masa masak lebih kurang 3 -4 minit sahaja








 Siap masak simpan dalam thermos jika mahu sentiasa panas.
Jika mahu lagi sedap boleh dicicah kari,sambal atau apa sahaja yang sedap ditekak masing-masing kami suka dengan kari...pasti sedap

Wednesday, September 9, 2015

Percutian ke langkawi 2015..

Idea bercuti di Langkawi terjadi disebabkan rombongan hantar pengantin.Majlis tersebut diadakan di pokok Sena kedah.
Alhamdulilah dari johor kami bertolak singgah di melaka (meraikan anak saudara ) akhirnya sampai jugak ke POKOK SENA.
Selesai Majlis di sana  terus ke JETI KUALA KEDAH ,Rombongan yang lain turut juga ke Langkawi tapi mereka menaiki feri dari Kuala Perlis.
Disebabkan driver hanya seorang kami ambil keputusan naik dari Kuala Kedah.
Semasa majlis bertandang ade juga yang bertanya kenapa naik dari Kuala kedah Gelombang kuat disana serta perjalanan lebih panjang ,Kami pun sebenarnya tidak tahu menahu tentang gelombang tapi disebabkan sudah pun booking tiket secara online .Kami teruskan juga.
Seperti yang dicerikan oleh ipar (sebelah Isteri) ,Sampai sahaja di jeti pasti akan ada mat-mat motor ikut bertanyakan parking dan chalet.Sememangnya itulah yang terjadi ,pada asalnya kami tidak melayan tapi bila tengok parking pun penuh dan parking yang dipilih pula dekat sangat dengan jeti ,kami pun ikutlah..
(Boleh booking tiket secara online disini)
 http://ticket.langkawiferryline.com/

 diambil dari online

(bukan dari kami ye) 










Dengan Bayaran rm70 untuk 3h2m kami tawakal aje mudah-mudahan kereta kami dalam keadaan baik bila pulang nanti.(dalam hati cuak jugak sebab tengok cara macam mat gian kalau tak kenangkan dah booking tiket memang tidak lah parking ikut mereka)Sempat jugak upah mereka sekotak rokok,dengan harapan di jaga baik.

Maaf agak panjang cerita kami ini...
Naik aje feri seperti yang dikatakan gelombang agak kuat ,Anak dan en suami okay aje,tapi saya takut ,,bukanya mabuk lauk tapi kecut perut setiap kali langgar gelombang(timbul jugak penyesalan naik dari kuala kedah)
Kami bertolak pukul 3.00 tapi feri delay jam 3.30 ptg tiba dilangkawi pukul 5.00ptg .Akhirnya pijak jugak langkawi ALHAMDULILAH

Kami terus telefon kereta yang dah lama kami booking ,Rupanya kereta dah pun menunggu di jeti ,Bagus jugak tak payah tunggu lama-lama ,lain kali boleh booking lagi (memuaskan )

http://www.anoxtravel.com/

Dengan bayaran rm180.00 untuk 3h2m kami sewa viva auto berwarna putih
tapi perlulah letak deposit rm50 jadi total rm230 deposit dikembalikan semasa balik ke jeti..Minyak ade 2 bar jadi tak payahlah susah hati nak cari stesen. 
Jika dibandingkan dengan lain minyak hampir E .Dah lah tempat orang agak susah la nak cari stesen minyak...

Kami stay di AMARA GUEST HOUSE  


Bagi kami dari segi budget ok
untuk tidur aje pun ok
Tapi jika pergi bawak orang-orang yang veteran nie kesian la sikit sb kena panjat banyak tanggga..lebih-lebih lagi kalau yang sakit lutut..
Katil memang besar satu bilik boleh tidur 6 orang ,kanak -kanak 10 orang pun boleh

Pemiliknya pun okay.boleh call no nie 016-4825805
Booking online pun boleh 

Hari pertama ...sampai bilik kami terus cari makan ...
kami singgah di food court berhadapan HIG GROUP  ..
Order sup gearbox ,kailan ikan masin nasi 3  total rm35.00
harga sederhana ,,tapi gearbox besar boleh makan 4 orang berbanding dengan kami 3 orang 2 dewasa satu kanak-kanak ...kenyang gila ...best dan sedap



saya copy dari online..tak sempat nak ambil gambar pun
memang ini lah rupa food court tu




Lain kali datang nak tido sini lah 
HIG ISMAIL GROUP...NAMPAK MACAM BEST HOTEL NIE





Hari kedua:
Pagi-pagi kami dah pusing langkawi ..dengan kereta viva kami dapat lihat kampung,sawah padi ,kami singgah di pantai cenang ..suasana pagi disini memang best..





 

 disebbakan masa tak cukuP tak dapatlah kami mandi ....

Rasanya dah panjang nie kita bersambung di langkawi 2


PERKENALAN DARI KAMI

Perkenalan blogger semua#

BLOG ini adalah blog kami sekeluarga , jadi akan terdapat pelbagai catatan dari kami,
kami akan menceritakan pelbagai perkara perniagaan ,pelancongan khimat nasihat , resepi dan apa saja yang berlaku sekeliling kami. 
Jika ada yang ingin khidmat nasihat tentang kenderaan  ,insya allah kami akan membantu apa saja yang kami tahu kerana kami menjalankan perniagaan baik pulih kenderaan .
Pendapat kami"LAGI BANYAK ILMU KITA BAGI LAGI BANYAK ILMU YANG KITA DAPAT"insyaallah


perniagaan kami dijalankan di taman intan ,kluang johor...
sebarang pertanyaan boleh bertanya terus kepada
en:zainal 016-7901271
Jika ingin bertanya di blog pun boleh..