perkenalan

sila klik disini iklan nye

Friday, September 11, 2015

RESEPI Lempeng Nasi

Lempeng Nasi
Idea ini tercetus kerana sayangkan nasi semalam,Kerana dah selalu buat nasi goreng kali ini tukar lah menu lain..

Lempeng Nasi

Bahan-bahan.

2 - 3 senduk nasi (jika mahu buat banyak boleh ditambah lagi nasi)
2 sudu besar gula (jika mahu tawar kurang ,manis tambah lagi)
1/2 Sudu kecil Garam
2-3 senduk tepung gandum
1/2 Sudu Besar MAURIPAN
Air secukupnya
Kisar semua Bahan diatas 
Ikut kehendak masing-masing pekat tambah tepung lagi tapi jangan over sangat ,cair tambah air,pada saya seperti bancuhan pisang goreng pun dah ok..
Minyak secukupnya
Kuali NON STICK (Kuali biasa pun boleh cuma minyak kena lebih)

Cara-cara
1.Panaskan Kuali tambahkan minyak
2. Tuangkan satu senduk bahan kisar tadi kedalam kuali perlahan-lahan
 Bentukkan bulat...
Akan naik gelembung udara..



Pastikan api sederhana.....


Terbalikkan ...masa masak lebih kurang 3 -4 minit sahaja








 Siap masak simpan dalam thermos jika mahu sentiasa panas.
Jika mahu lagi sedap boleh dicicah kari,sambal atau apa sahaja yang sedap ditekak masing-masing kami suka dengan kari...pasti sedap